Sape yg x kenal dgn band METALLICA? angkat bontot anda, saya mau tembak. Budak yang main tempurung kat kawasan rumah aku pon layan metallica ni. Apatah lagi otai2 diluar sana. Ni adalah band feberet aku dari dulu sampai sekarang.
Di angotai
- JAMES HETFIELD - selaku vokalist dan gitarist.
- LARS ULRICH - pengetuk drum berkuasa kuda sepower kuda ferrari
- KIRK HAMMETT - background vocal dan semestinya pemain gitar dan bukan pemain bola tampar peringkat daerah
Band bergenre death metal ini ditubuhkan pada tahun 1981 bertarikh 28 Oktober. ni lah kejadian trajedi oktober tu nyanyian oleh awie.
Album pertama bertajuk KILL 'EM ALL release pada 1983. Pada tahun 1984 pula, album kedua mereka iaitu RIDE THE LIGHTNING menyusul.
Awat tulisan aku jadi "bold" ni...bangan la. Di ikuti dengan album berjudul MASTER OF PUPPETS pada tahun 1985 dan ..AND JUSTICE FOR ALL pada tahun 1988 iaitu tahun aku dilahirkan. ni mesti metallica hadiahkan album ni utk aku..tau dah..poyoss..
Biarpun ahli kumpulan ini sudah tua, tapi tenaga mereka macam kuda hitam yang dekat padang pasir nun, masih gagah berlari mengejar kebebasan realiti. Kalau artis negara kita dh berumur mcm depa ni, xde dah nk duk melalak..mesti masing2 sibuk beramal an an..
Antara klip video depa yang aku minat -
tengok aku kat belakang stage tu..mak ayah...aku masuk youtube..!!!
Yeahhh!! keep banging head sampai bengon!! Kampaiiii
p/s : aku dari dulu angan2 nak master gitar biar terer mcm diorang, tap x lepas2. demmm
Comments
Post a Comment